David Beckham Dan Victoria Kini Billionaire – Semuanya Telah Diramal Sejak 1995

David dan isteri, Victoria Beckham baru sahaja bergelar billionaire.

Pasangan itu menepati ramalan bahawa ‘Brand Beckham’ membuatkan mereka memperoleh berbilion dolar dengan akaun menunjukkan perkembangan perniagaan bersamaan £700 juta (RM3.72 bilion).

Beckham Brand Holdings, yang turut melibatkan perjanjian penajaan menyaksikan perolehan £260.8 juta (RM1.39 bilion).

Footwork Productions yang merupakan pendapatan David berkaitan dengan bola sepak mencatatkan perolehan £208.3 juta (RM1.1 bilion).

Victoria Beckham Ltd, akaun bagi perniagaan fesyennya pula mencatatkan nilai bersih £100 juta (RM532 juta).

Sementara itu, DB Ventures Ltd memperoleh keuntungan £90 juta (RM478.76 juta).

Victoria atau lebih dikenali sebagai Posh (kanan) membuat kemunculan semula bersama kumpulan Spice Girls. Foto Reuters

Beckham turut memperoleh jutaan pound dan Victoria yang membuat kemunculan semula dan jualan katalog terus mencatatkan hasil.

David mempunyai beberapa tawaran yang menguntungkan bersama Samsung, Adidas, Pepsi, H & M dan banyak lagi. Dia juga mempunyai jenama wiski sendiri.

Malah, sebanyak £10 juta (RM53 juta) daripada Moody Productions, yang diperoleh daripada waktu Victoria bergelar Posh semasa menyertai kumpulan Spice Girls.

Pasangan itu yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-20 pada Julai ini turut mempunyai hartanah termasuk £35.1 juta (RM187 juta) di West London.

Individu di sebalik penubuhan Spice Girls, Simon Fuller meramalkan kejayaan pasangan itu apabila David dan Victoria menandatangani perjanjian bersamanya pada 1995.

Dia memberitahu: “Glamor Victoria dan daya tarikan David dan kehebatan mereka dalam jangka panjang mampu meraih jenama $1 billion.” – Mirrror UK

Sumber: Mstar

(Visited 27 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*