Calon SPM Kini Boleh ‘Bernafas’ – Ini Tindakan Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan melalui Lembaga Peperiksaan mengambil pandangan dan perhatian daripada semua pihak berkepentingan berhubung Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Penjadualan SPM dahulu dilihat terlalu padat kepada para calon yang mendudukinya.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Adzman Talib berkata, pihaknya telah menyemak jadual yang dicadangkan untuk menjadikannya kurang padat bagi menduduki peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, para pelajar secara puratanya akan menduduki hanya dua kertas peperiksaan sehari. Ini merupakan satu ‘kelegaan’ dan para calon bolehlah bernafas lega.

“Dalam jadual waktu tentatif, pelajar dijadualkan menduduki peperiksaan sehingga tiga kertas dalam satu hari.

“Kita telah mengambil maklum pandangan semua pihak berkepentingan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar yang mengambil subjek Fizik, Kimia dan Biologi tidak dapat dielakkan daripada perlu melengkapkan kertas peperiksaan selama tiga hari. Ini disebabkan subjek-subjek tersebut terdiri daripada tiga kertas setiap satu.

“Saya ingin memberi penekanan bahawa pelajar diberi rehat antara Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi bagi menggantikannya dengan mata pelajaran lain dan cuti hujung minggu,” katanya.

Perkara paling umum yang ditimbulkan para ibu bapa dan pelajar adalah menjarakkan pengambilan kertas subjek teras dan tidak mempunyai kertas subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi secara berturut-turut. Ini mungkin dapat membantu mereka membuat persiapan terakhir bagi setiap subjek terlibat.

“Ramai juga tidak mahu Bahasa Melayu dan Perakaunan diletakkan pada hari yang sama,” katanya sambil menambah bahawa peperiksaan bagi Perakaunan kini dijalankan pada hari terakhir SPM.

Bagi pihak para calon SPM 2019, admin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Peperiksaan.

Sumber: Mstar

(Visited 725 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*