Berjubah ‘pink’ pergi gimnasium, Aliff Syukri berusaha untuk jadi sado

Kaum Adam pastinya mengidamkan tubuh badan yang tegap dan sasa. Mereka akan berhabisan duit untuk membeli minuman bertenaga demi menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Antara para selebriti yang memiliki body goals seperti Zul Ariffin, Fattah Amin, Aaron Aziz dan ramai lagi, mereka ini sememangnya terkenal dengan fizikal yang diidamkan oleh kaum Adam dan menjadi kegilaan gadis-gadis diluar sana.

Begitulah yang sedang dihadapi oleh usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri apabila beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau sedang menjalani aktiviti untuk memiliki badan sado.

Video berdurasi 1 minit itu melihatkan Aliff sedang berusaha untuk menjadi sado dan melakukan aktiviti di gym. Difahamkan, gym tersebut terletak di dalam rumahnya (Palace of Aliff Syukri)

Menerusi video yang telah mendapat 34,000 likes dan lebih 2,000 komen itu telah mendapat respon dari netizen. Ada diantara mereka yang memuji kesungguhan Aliff berusaha untuk menjadi sado dan ada juga yang memberi teguran bahawa pakaian (jubah merah jambu) yang dipakai Aliff tidak sesuai ketika melakukan aktiviti tersebut di gym.

Steady la Dato pakai jubah pink pergi gym.

Terhibur tengok Dato.

Teruskan usaha Dato.

Sumber : berita steady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*