[VIDEO] ‘Bibir Kalau Tebal Lemas!’ – Lawak Habis Bila Kilafairy Bahan Jep, Shuib Sepahtu!

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Kilafairy telah dijemput menghadiri rancangan Sepahatu Reunion Al Puasa khas sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Seperti biasa pastinya aksi-aksi lucu daripada pelawak terkenal, Shuib dan Jep Sepahtu menjadi perhatian.

Namun apa yang melucukan adalah salah satu babak di mana Kilafairy telah me’mbahan’ Jep dan Shuib dengan mendakwa mereka mempunyai bahagian bibir yang tebal.
“Bibir dia kena nipis, kalau bibir tebal lemas,” ujar Kilafairy sambil diselangi gelak daripada tetamu undangan di studio.
Rata-rata dilihat terhibur dengan persembahan berkenaan, namun ada juga yang kurang senang dengan lawak yang berkaitan fizikal seseorang.

Video berkenaan yang dimuat di laman Facebook meraih hampir 320k tontonan sejak dimuat naik 5 jam lalu.

Program Sepahtu Reunion Al Puasa memaparkan episod istimewa Ramadan bersama kumpulan pelawak Sepahtu dan selebriti undangan serta tetamu jemputan khas yang bakal menghiburkan anda sekeluarga.

VIDEO :

Sumber : KisahDunia via Soya Lemon

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!