Wanita Ini Buat Sesuatu Di Luar Jangka Untuk Membantu Kurangkan Hutang Negara. Ini Respond Anak Tun Mahathir

TERKESAN dengan jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion, seorang rakyat Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan satu kutipan dana bagi membantu kerajaan.

Inisiatif kutipan dana awam “Please Help Malaysia!” itu diwujudkan sebagai usaha mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai untuk sama-sama membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Usaha yang diperintis aktivis Nik Shazarina Bakti, 27 tahun, walaupun secara tidak rasmi, berjaya menarik perhatian netizen yang turut prihatin dengan masalah negara ketika ini.

Setakat ini, kutipan dana yang dianjurkan di laman web gogetfunding.com ini berjaya mengumpul $3,633.00 (RM14, 463) daripada jumlah yang disasarkan sebanyak $100,000.00 (RM398,100) sehingga 31 Julai depan.

Lebih menarik, wanita berkelulusan Sarjana Undang-Undang daripada University of London ini turut meletakkan potongan ayat yang mengimbau kembali kenangan manis tatkala rakyat Malaysia satu ketika dahulu bergolok bergadai bagi mengumpul dana membolehkan Tunku Abdul Rahman ke London bagi memperoleh kemerdekaan negara.

Nik Shazarina turut menjelaskan bahawa kesemua kutipan dana tersebut akan disalurkan secara terus kepada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, aktivis terkenal Marina Mahathir memuji tindakan Nik Shazarina dan menggesa orang ramai untuk sama-sama membantu inisiatif ini.

Sumber Facebook: Marina Mahathir

Maria Chin Terharu dengan usaha anak Malaysia ini.

I am impressed by the initiative of 27-year-old Nik Shazarina Bakti, who has started a #fundraising campaign to help reduce Malaysia’s debt. Nik Shazarina is a young activist who had recently contacted me about her idea to start a fundraiser to help reduce the country’s debt which is now at #1trillion ringgit.

She also requested that I help deliver the proceeds of the fundraising campaign to the Ministry of Finance so that it can be directed towards reducing the burden of the #rakyat. Nik Shazarina said that she was having a conversation with her family over dinner when she decided that she had to take action and do something for the country.

I feel that this is a good effort by a young Malaysian who wants to find a way to contribute to the nation. Although we may disagree about having to use even more of the Rakyat’s money to settle the debt, we cannot deny that the debt is still there and is a huge threat to all of us. I support her initiative because something has to be done so that we can get back up on our feet

Sumber Instagram: therealmariachin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*