[VIDEO]”Hahaha! Sumpah Kelakar Tiba-Tiba Ramadhan! Masuk Air Dua Orang Ni! Pitching Ke Laut!”-Lebih 900K Tontonan, Nyanyian Aeril Bikin Netizen Terhibur!

Pasangan sama cantik sama padan, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal sekali lagi membuat netizen terhibur dengan telatah gaduh manja mereka berdua di laman Instagram. Dalam pada wajah Aeril yang serius tu rupa-rupanya dia ni boleh tahan kelakar orangnya. Sempena dengan bulan Ramadhan ni, Aeril telah mendendangkan satu lagu khas buat Wawa Zainal.

Walaupun Aeril bukan seorang penyanyi tapi boleh lah untuk buat netizen rasa terhibur mendengar suara Aeril nyanyi lagu Ramadhan tiba. Aeril telah memuatnaik videonya bersama Wawa beserta dengan kapsyen “Best pulak lagu ni. Korang rasa?“.

Netizen bukan sahaja terhibur mendengar Aeril menyanyi namun netizen juga terpukau dengan kecantikan Wawa Zainal.

Menerusi gambar dan video yang dimuatnaik dalam media sosial mereka, tidak dinafikan pasangan suami isteri dua merpati sejoli ini merupakan pasangan yang sangat popular dengat sifat romantik dan sweet mereka. Tengok sahaja kemesraan mereka laki bini pasti ramai netizen yang mengidamkan ciri-ciri pasangan yang sama seperti Aeril dan Wawa.

Dalam video tersebut juga, Aeril tidak tahan nak ketawa ketika dia menukar lirik menjadi “Tiba-tiba Ramadhan..“. Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen terhadap video Aeril tersebut. Ada yang memberi komen cemburu melihat Aeril dan Wawa. Malah, ada juga yang kata mereka berdua sweet dan masuk air.

Mungkin dengan cara Aeril mengusik Wawa tu lagi menambahkan kebahagian dalam rumahtangga mereka.

Aeril nyanyi lagu Ramadhan tiba…

Best plak lagu ni.korang rasa??

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Dah lah kacak, pandai nyanyi…

Jeles tengok…

Sweet nyer..

Kelakar, berdekah…

Terikut senyum…

Suara tak sedap, janji ceriakan hidup…

Pitching ke laut…

Indah mata memandang…

Sumber inspirasi…

Sumber : IG Aeril Zafriel via Kisah Dunia