‘Motif? Tak Habis-Habis Post Benda ‘Poyo’ Untuk Meraih Simpati…’- Ude Wahid ‘Sound’ Bekas Isteri?

Kemelut rumah tangga antara pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh telah bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu. 

Jika sudah berlakunya mestilah anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Telah menjadi isu apabila Intan telah memuat naik status berbaur kerinduan anaknya kepada ayahnya. Namun, lain pula yang terjadi apabila Ude menjadikan perkara tersebut sebagai isu.

Dikatakan posting yang dimuat naik oleh Intan hanyalah untuk meraih simpati di kalangan netizen. Status tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang Ude kerana beliau beranggapan mereka sudah tiada sebarang hubungan.

Status yang dimuat naik Intan dan respon Ude.

Menurut sumber, Ude telah menegur bekas isterinya dengan cara baik untuk menghentikan post benda-benda yang akan menyebakan ramai netizen menghentamnya. Namun, Ude mengatakan bekas isterinya tidak faham bahasa dan telah memaksa Ude menegur secara terbuka melalui media sosial.

Terdahulu, dikhabarkan Ude telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 dan status perkahwinan tersebut di rahsiahkan. Manakala, Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Hasil perkahwinan Ude dan Intan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri. Walau bagaimanapun, status yang telah dimuat naik Ude telah dipadam sejurus sejam dimuat naik.

Akhir sekali, Ude meminta kepada semua netizen untuk berhenti mencaci dan membawang tentang dirinya.

Sumber: mStar Online / Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!