Lucu! ‘Tak Boleh Blah Lah Signboard Tu Haha!’-Edry Abdul Halim Kongsi Foto Di Oversea, Tetapi Signboard Di Belakang Pula Tarik Perhatian Netizen

Selepas kita dikejutkan dengan pembubaran kumpulan KRU yang dianggotai oleh Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim dan Datuk Norman Abdul Halim rata-rata ramai juga agak bersedih dengan keputusan mereka itu. Tapi pembubaran mereka diakhiri dengan konsert terakhir untuk menghargai peminat.

Anak ketiga dari keluarga Abdul Halim iaitu Edry pernah menyatakan mahu berpindah ke luar negara, Eropah untuk memberi anak ketiganya yang menghidap penyakit autisme pendidikan yang terbaik. Terbaru, Edry memuatnaik foto terkini berada di Manchester.

Edry sertakan dengan kapsyen dan memberitahu kalau masa berbuka puasa di sana agak lambat iaitu pada pukul 9.15pm dan tak lupa juga dia mengucapkan kepada warga Malaysia selamat berbuka dan sahur.

Berbuka pukul 9:15pm di UK today..Tengah standby for coffee at Altrincham, Manchester..Selamat berbuka/bersahur semua ⭐????

Cuba cari apa yang pelik? Hmm..

Setelah diamati betul-betul terlihat di belakang Edrya ada sebuah cafe bernama BAP yang terletak di bandar Altricham. Kalau diperhatikan lagi, ada laman web cafe itu yang tertera di luar kedai dan betul-betul di belakang Edry. Eh kejap macam familiar perkataan ni..

Selamat berbuka bang, tapi ayat kat signboard tu.. erm takpelah bang

Bapuk? Itu yang tertera di alamat laman web kedai. Mungkin juga bahasa kita tidak difahami oleh orang Barat, tetapi kita sebagai orang Melayu sangat faham ‘bapuk’ itu merujuk kepada lelaki yang lembut menyerupai perempuan.

Rakan-rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berbuka dan bersahur, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak tahan menahan kelucuan dan memerli Edry.

Memang kelakar kan bila sudah berada di tempat orang ni, macam-macam nama pelik yang ada.

Sumber: Hangat.com via Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!