‘Dia Nampak Je Gila-Gila,Tapi Dia Ni Pakcik Yang Sgt Baik’-Netizen Puji Kwang Soo Seorang Yang Mesra Dengan Budak-Budak

Sebut sahaja nama Lee Kwang Soo, pasti ramai yang tahu di dalam Runningman Kwang Soo membawa watak sebagai ahli RM yang suka membuli dan suka mencari gaduh dengan orang lain. Kebanyakan ahli RM kurang gemar untuk berada dalam satu team yang sama dengan Kwang Soo memandangkan dia suka untuk menggunakan orang lain bagi kemenangan peribadi dan mudah untuk mengkhianati perjanjian.

Kwang Soo biasanya akan bersungguh-sungguh untuk melakukan tugasan dalam kumpulan apabila dia bersama dengan ahli kelab pengkhianat yang lain iaitu Haha dan Ji Suk Jin. Di dalam RM,Kwang Soo di lihat seperti tidak matang, mudah untuk di pergunakan oleh orang lain dan adakalanya dia nampak agak naif.

Pendeka kata dalam show itu, dia memang seorang yang lucu dengan sikapnya tersendiri. Namun di luar RM, dia sangat di minati ramai.Ke mana sahaja dia pergi,pasti kelibat fannya akan muncul untuk mengambil gambar bersamanya.

Selain mempunyai ramai fan dari kalangan wanita, Kwang Soo juga punya ramai fan dari golongan kanak-kanak. Jangan tidak tahu, Kwang Soo di kenali sebagai seorang lelaki yang sangat mesra dengan anak-anak dan suka bergurau dengan mereka tidak kira siapa mereka.

Melihat rakaman video Kwang Soo sedang melayan anak saudaranya makan juga membuatkan peminatnya memuji sikapnya yang sangat senang dengan anak-anak kecil. Sebelum ini ada berita menyatakan,setelah Song Joong Ki selaku kawan rapat Kwang Soo telah menikah, Kwang Soo juga mahu melakukan hal yang sama. Namun kata Kwang Soo dia masih lagi belum mempunyai calon isteri dan masih mahu fokus untuk memantapkan kerjaya.

sumber: Korea Tops News Channel via Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! IK